terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, June 21, 2012

memaknai kegiRangan

orang selalu merencana perkara yang berbaur keseronokan. rancang ke tempat- tempat idaman. lakukan sesuatu yang riang ria. tapi adakah kita menikmati rasa itu. walau ia bersifat sementara. keseronokan tidak berpanjangan. ia lebih memberi impak apabila sebelum itu, kehidupan yang dijalani bersifat mendatar, serius dan disimbahi tekanan atau hadapi kerja yang tak pernah berhenti.

seronok memerlukan rakan. rakan itu boleh jadi sesiapa. sama ada yang kita jumpa hari- hari, sekali- sekala atau tak pernah kenal. hmm...walau tak perlu ke mana- mana pun, kita boleh mencipta seronok itu asal terbit keriangan. spontan, natural, ikhlas.
kalau mahu ke mana- mana, pergilah tempat yang belum pernah pergi dan lakukan aktiviti baru. aku percaya apresiasi terhadap tempat dan aktiviti itu akan menghadirkan rasa yang tak dapat digambarkan.

keseronokan boleh dicipta di mana- mana. agar kita kreatif. manusia itu ada kreatifnya. kegirangan yang terhasil daripada kespontanan, walau sesaat, sangat bermakna.

apabila merancang tapi tidak menikmati, maka tentulah tidak memaknainya.

lalu, aku tak pernah merancang. keputusan seringnya spontan. ditakdirkan aku riang, maka, giranglah aku.

ini di antara keputusan spontan aku. dengan mereka yang jumpa hari- hari, sekali- sekala, berlaga bahu tanpa sapaan, berselisih tanpa ooi atau hey dan yang tidak pernah kenal.
aku amat memaknainya dan aku tahu ia bersifat sementara dan sama sekali takkan ada lagi.

di antara mereka dayang, saliha, shima, hanim muhili, nerina, aida & kakak- kakak

 

Friday, June 01, 2012

teater Maraton

fauziah nawi berperanan besar dalam memandu perkembangan filem hoore- hoore, juga memandu watak yang farah perankan.

1 hingga 10jun, fauziah nawi beraksi dalam persembahan komedi Maraton. teater dipersembahkan di mini auditorium matic, kuala lumpur. turut sekali, emy & oreo.